UNIT PENYAKIT BAWAAN
VEKTOR PEJABAT KESIHATAN DAERAH PENDANG |
Sekiranya BMI anda
menunjukkan bahawa anda berada dalam kategori berlebihan berat badan,maka anda boleh memilih cara mengawal berat badan dengan mengamalkan
pemakanan yang sihat dan digabungkan dengan senaman yang teratur :
|
Mengamalkan pemakanan yang sihat
|
|
Cara bersenam yang baik
- mengikut formula FIT
|
Memakan makanan yang
berbagai jenis seperti memilih makanan dari kumpulan bijirin, kekacang,
ikan, ayam, buah-buahan dan sayur-sayuran. |
|
F
- Frekuensi (kekerapan) - Anda digalakan bersenam sekurang-kurangnya tiga
kali seminggu seperti berjalan laju, joging, berbasikal, berenang,
senamrobik atau bermain badminton
|
Kurangkan memakan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi - elakkan
memakan makanan yang digoreng, pilihlah makanan yang kurang berlemak.
Tambahkan makanan serat |
|
I -
Intensiti atau sejauh mana tahap keupayaan anda untuk bersenam. Sekiranya
anda mengalami sesak nafas semasa bersenam, ini bermakna anda melakukan
senaman melebihi had keupayaan badan anda. Mulakanlah senaman anda dengan
perlahan-lahan mengikut keupayaan diri. |
Kurangkan pengambilan gula dalam makanan anda
- elakkan meminum minuman ringan, kordial, biskut, kek, makan pencuci mulut dan jem.
- makan mengikut peringkat umur dan tahap aktiviti anda. |
|
T -
Tempoh masa atau lama masa yang anda perlu peruntukkan untuk bersenam.
Luangkan masa selama 15-20 minit untuk bersenam setiap hari
sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. |
|
|
|
|