UNIT PENYAKIT BAWAAN VEKTOR PEJABAT KESIHATAN DAERAH PENDANG |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Apakah Demam Kuning? Demam Kuning adalah penyakit jangkitan akut yang merupakan masalah kesihatan awam di negara endemik di Afrika dan Amerika Selatan. Bagaimana seorang itu boleh dijangkiti oleh Demam Kuning? Seseorang boleh dijangkiti Demam Kuning bila ia digigit oleh nyamuk yang dijangkiti oleh virus penyebab Demam Kuning.Virus penyebab Demam Kuning adalah kumpulan "family Flaviviradae". Apakah pembawa atau vektor kepada virus penyebab Demam Kuning ?
Pembawa atau vektor kepada virus penyebab Demam Kuning adalah nyamuk Aedes
aegyti (pembawa Bolehkah kita mendapat jangkitan ini bila kita digigit oleh nyamuk Aedes aegyti di negara ini ?
Setakat ini tiada laporan yang menunjukan bahawa nyamuk Aedes aegyti di
Malaysia telah dijangkiti Apakah gejala atau tanda penyakit Demam Kuning? Tanda-tanda atau gejala penyakit Demam Kuning adalah
- demam yang tiba-tiba - seram sejuk (chills) - sakit kepala - mual dan muntah - lemah badan (prostration) - sakit belakang dan sakit badan Masa inkubasi penyakit Demam Kuning adalah 6 – 10 hari. Pesakit boleh mengalami kekuningan (jaundis) akibat kegagalan hepar dan mereka juga mengalami kegagalan buah pinggang. Kematian boleh berlaku dalam masa 7 – 10 hari. Dalam setengah keadaan tertentu kadar kematian akibat Demam Kuning boleh berlaku sehingga 50%. Bagaimana cara untuk mengelakan diri dari Demam Kuning? Kita dapat mengelakan diri dari Demam Kuning dengan mengambil suntikan vaksinasi Demam Kuning sebelum pergi ke negara yang endemik dengan Demam Kuning. Perlu diperingatkan bahawa suntikan vaksinasi Demam Kuning hanya berkesan 10 hari selepas mendapat suntikan. Suntikan vaksinasi Demam Kuning dapat melindungi seseorang dari Demam Kuning selama 10 tahun. Adakah seseorang yang hendak melawat ke negara yang endemik dengan Demam Kuning dikehendaki mengambil vaksinasi Demam Kuning? Adalah lebih baik seseorang yang melawat ke negara yang endemik dengan Demam Kuning mengambil vaksinasi Demam Kuning 10 hari sebelum ke negara tersebut. Ini dapat melindungi mereka dari jangkitan Demam Kuning. Kegagalan mendapat suntikan mendedahkan diri mereka kepada jangkitan Demam Kuning dan mereka boleh ditahan (dikuarantin) di pintu masuk negara ini sekiranya tempoh dari mereka berlepas sehingga sampai ke negara ini kurang atau sama dengan 6 hari. Sekiranya tempoh dari berlepas dari negara yang endemik dengan Demam Kuning melebihi 6 hari mereka akan dibenarkan masuk ke negara ini. Apakah negara-negara yang endemik dengan Demam Kuning ?
Negara-negara yang endemik dengan Demam Kuning adalah;
|