UNIT PENYAKIT BAWAAN VEKTOR PEJABAT KESIHATAN DAERAH PENDANG |
|
DEMAM DENGGI Demam Denggi ialah penyakit akut(teruk) yang disebabkan oleh virus dan disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes betina (vektor). Nyamuk Aedes terdiri dari Aedes aegypti dan Aedes albopictus. Denggi terbahagi kepada 2 jenis i) Demam Denggi biasa (DD) ii) Demam Denggi Berdarah atau Sindrom Renjatan Denggi (DDB/SRD) Virus Denggi dari famili Flaviviridae.Terdiri dari 4 serotype iaitu Den1,Den2,Den3 dan Den4.Kesemua serotype ini boleh menyebabkan DD dan DDB di Malaysia. Virus denggi berkembang biak dalam badan nyamuk dan nyamuk yang mengandungi virus mampu menjadi sumber jangkitan disepanjang hayatnya. Virus ini juga boleh dipindahkan kepada telurnya.Proses ini disebut transmisi transovari. Seekor nyamuk dewasa hasil dari telur ini akan mengandungi virus di dalam badannya walau pun ia tidak pernah menggigit pesakit denggi sebelum ini.
Pada masa ini
tiada ubat khusus untuk merawat penyakit ini. TANDA-TANDA
DEMAM DENGGI BERDARAH
Empat tanda utama ialah pendarahan,demam panas,pembesaran hati
|
||||||||||||||
|
senang dikenali dengan belang hitam dan putih di badan dan kakinya. biasanya menggigit pada awal pagi dan awal senja Virus akan membiak di dalam kalenjar air liur nyamuk (proses pengeraman) selama 8-10 hari.Selepas tempoh ini nyamuk menjadi infektif dan mampu menyebar virus. Selepas gigitan virus akan membiak di dalam badan manusia.Tanda-tanda klinikal akan timbul dalam masa 4-6 hari. Virus denggi hanya hidup selama 5-7 hari sahaja di dalam badan manusia kerana badan akan bertindakbalas dengan membentuk dan mengeluarkan antibodi. Kitaran hidup dari telur hingga menjadi dewasa mengambil masa lebih kurang 1minggu. Nyamuk dewasa (betina dan jantan) akan bersenyawa dan sperma jantan akan isimpan dalam nyamuk betina.Untuk menghasilkan telur yang hidup,nyamuk betina perlukan darah. Nyamuk bertelur di dalam takungan air jernih di dalam dan di luar rumah.Sebanyak 60-100 biji telur dikeluarkan pada setiap kali bertelur.Nyamuk betina mampu bertelur 10 kali semasa hayatnya selama 30 hari. Selepas 1-3 hari telur nyamuk akan matang dan menetas mengeluarkan larva (jentik-jentik) Selepas 5-7 hari larva akan bertukar menjadi kepompong dan selepas 1-2 hari nyamuk dewasa akan terbang meninggalkan kepompong. |
||
|
||
KENALILAH TEMPAT-TEMPAT PEMBIAKAN AEDES |
||
DI DALAM RUMAH DI LUAR RUMAH |
||
HAPUSKAN TEMPAT-TEMPAT PEMBIAKAN AEDES |
||
Tutup
semua bekas-bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah
nyamuk dari bertelur. |
||
Masukkan
ubat pembunuh jentik-jentik
seperti ABATE 1% (1 sudu = 10 gram untuk 20 gelen air) ke dalam semua bekas menyimpan air setiap tiga bulan sekali |
||
Tukar
air dalam bekas jambangan bunga tiap-tiap minggu.Masukkan
dua sudu teh garam ke dalam perangkap semut. |
||
Buang
air dari piring pengalas pasu bunga seminggu sekali dan gosok
piring-piring itu sehingga bersih untuk memusnahkan telur-telur nyamuk. |
||
Periksa
saluran air hujan bumbung rumah atau bangunan seminggu sekali
dan buangkan daun-daun supaya air dapat mengalir (air tidak bertakung) |
||
Masukkan
semua bekas yang boleh menakung air seperti tin dan botol ke
dalam beg plastik dan buangkan di tempat yang disediakan. |
||
HAPUSKAN
NYAMUK AEDES DEWASA |
||
Gunakan racun serangga di dalam rumah boleh membunuh nyamuk Aedes dewasa | ||
Semburan kabus(fogging)
- untuk semburan kabus yang berkesan, orang
ramai diminta memberi kerjasama untuk membenarkan semburan kabus dilakukan di dalam rumah. |
||