Salam kesihatan khas buat semuavision

  Tahniah!     Pejabat Kesihatan Daerah Pendang telah pun menerima Sijil ISO MS 9001:2000 pada 1 Oktober 2003.

         Salam kesihatan khas buat semua.
           Selamat melayari laman web Unit Penyakit Bawaan Vektor,Pejabat Kesihatan Daerah   
           Pendang
.Semoga kita akan dapat bersama berkongsi maklumat untuk meningkatkan
           lagi tahap pengetahuan dan sedar amal kesihatan awam dikalangan setiap rakyat
           Malaysia selari dengan kemajuan negara,pertambahan penduduk yang berkait rapat
           dengan perubahan struktur alam sekeliling dan juga kecanggihan arus kehidupan
           semasa.

           Atas hasrat mengamalkan dasar kualiti bagi menghasilkan yang terbaik mengikut
           kehendak pelanggan dan mengoptimumkan aliran maklumat dengan informasi yang
           terkini,laman ini akan dikemaskini selalu.

         Sebarang teguran,cadangan/pandangan membina amatlah dialu-alukan.
           Emailkan kepada
Webmaster

          SEJARAH KESIHATAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN         

           Pada tahun 1967 telah bermula Rancangan Membasmi Malaria bagi Daerah Langkawi
           dan Kubang Pasu.Tahun 1968 diperluaskan pula ke daerah lain.Tahun 1983 barulah
           diujudkan Rancangan Kawalan Penyakit Bawaan Vektor peringkat negeri.

           Rancangan Kawalan Penyakit Bawaan Vektor merangkumi penyakit Demam Malaria,
           Demam Denggi dan Filariasis.Pada tahun 1985 ianya diperluaskan lagi bagi mengawal
           penyakit Hawar,Yellow Fever,Japanese Encephalitis dan Tifus (Scrub & Munine Typhus)

           Di peringkat Daerah Pendang tanggungjawab barisan hadapan dalam melaksanakan
           semua aktiviti bagi menjayakan rancangan tersebut di atas dipikul oleh Unit Penyakit
           Bawaan Vektor Pejabat Kesihatan Daerah Pendang.

           Unit ini terletak di Bahagian Inspektorat Pejabat Kesihatan Daerah Pendang.Sama
           seperti unit lain dengan pengkhususan bidang tugas yang tertentu,Unit ini memainkan
           peranan penting membendung kejadian dan pemerebakkan penyakit yang disebabkan
           oleh nyamuk dari menjadi masalah kesihatan kepada kira-kira 100 ribu orang penduduk
           di Daerah Pendang.

           Unit ini terdiri seramai 12 orang anggota yang di ketuai oleh seorang Penolong Pegawai
           Kesihatan Persekitaran U29 yang bertanggungjawab kepada Penolong Pegawai Kesihatan 
           Persekitaran U32 dan Pegawai Kesihatan Daerah Pendang di peringkat daerah dan Ketua
           Penolong Pengarah (Kawalan Penyakit Bawaan Vektor) di peringkat Negeri Kedah.