Make your own free website on Tripod.com

     UNIT PENYAKIT BAWAAN VEKTOR PEJABAT KESIHATAN DAERAH PENDANG


Sekiranya BMI anda menunjukkan bahawa anda berada dalam kategori berlebihan berat badan,maka anda boleh memilih cara mengawal berat badan dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan digabungkan dengan senaman yang teratur :
 

Mengamalkan pemakanan yang sihat
 

 


Cara bersenam yang baik

- mengikut formula FIT
 

Memakan makanan yang berbagai jenis seperti memilih makanan dari kumpulan bijirin, kekacang, ikan, ayam, buah-buahan dan sayur-sayuran.

 


F
- Frekuensi (kekerapan) - Anda digalakan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu seperti berjalan laju, joging, berbasikal, berenang, senamrobik atau bermain badminton


Kurangkan memakan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi - elakkan memakan makanan yang digoreng, pilihlah makanan yang kurang berlemak.

 

Tambahkan makanan serat

 


I
- Intensiti atau sejauh mana tahap keupayaan anda untuk bersenam. Sekiranya anda mengalami sesak nafas semasa bersenam, ini bermakna anda melakukan senaman melebihi had keupayaan badan anda. Mulakanlah senaman anda dengan perlahan-lahan mengikut keupayaan diri.


Kurangkan pengambilan gula dalam makanan anda
- elakkan meminum minuman ringan, kordial, biskut, kek, makan pencuci mulut dan jem.

- makan mengikut peringkat umur dan tahap aktiviti anda.

 


T
- Tempoh masa atau lama masa yang anda perlu peruntukkan untuk bersenam. Luangkan masa selama 15-20 minit untuk bersenam setiap hari sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.