UNIT PENYAKIT BAWAAN VEKTOR PEJABAT KESIHATAN DAERAH PENDANG

 
KAWALAN JAPANESE ENCEPHALITIS

 
Objektif Khusus
Mengurangkan morbiditi dan mortaliti penyakit ini bagi golongan penduduk tertentu
Strategi Khusus
  1. Pengawasan epidemiologi bagi memastikan semua kes viral encephalitis diperiksa
untuk Japanese Encephalitis,dirawat dan tindakan pencegahan diambil dengan
segera.
2. Diagnosa awal dengan menggunakan rapid screening test.
  3. Pengawalan entomologi dengan kajian tabiat dan kepadatan vektor di kawasan
yang di pilih.

KAWALAN TIFUS
Objektif Khusus
 Mengurangkan morbiditi dan mortaliti penyakit tifus di kalangan kumpulan tertentu
Strategi Khusus
1. Pengawasan penyakit tifus dan penentuan kawasan endemisiti
2. Pengubatan semua kes tifus
  3. Pendidikan kesihatan kepada masyarakat untuk meningkatkan kesedaran mengenai
penyakit ini.

KAWALAN HAWAR
Objektif Khusus
Mencegah kemasukan penyakit Hawar ke daerah ini.

KAWALAN DEMAM KUNING
Objektif Khusus
Mencegah kemasukan penyakit Demam Kuning ke daerah ini.
Strategi Khusus
1. Pengesanan rapi nyamuk Aedes di lapangan terbang dan pelabuhan
  2. Memusnahkan serangga dalam pesawat untuk mencegah kemasukan nyamuk Aedes
   dari negara lain.

Nota
:
    Tidak ada aktiviti kawalan berjadual untuk penyakit Japanese Encephalitis,Hawar,
Tifus dan Demam Kuning.
Aktiviti pengawasan Japanese Encephalitis dijalankan pada tahun 2000.