UNIT PENYAKIT BAWAAN VEKTOR PEJABAT KESIHATAN DAERAH PENDANG

 
2. BATTERY HYDROMETER
 
 

Battery hydrometer adalah alat yang digunakan oleh mekanik untuk mengukur tahap asid di dalam bateri kenderaan.

Alat yang sama digunakan oleh anggota Unit Penyakit Bawaan Vektor untuk menyedut larva dari bekas air semasa aktiviti kajian aedes.

Sekiranya di daerah anda menggunakan peralatan
lain yang lebih spesifik untuk aktiviti yang teknikal
ini,sila hubungi Webmaster.

 
 
1. SEMBURAN KABUS KAWALAN DENGGI

Orang ramai diminta memberi kerjasama kepada Pejabat Kesihatan Daerah Pendang yang melaksanakan semburan racun pembunuh serangga bagi mengawal nyamuk AEDES dan
Penyakit DEMAM DENGGI.

Pasukan Kawalan Denggi Jabatan Kesihatan yang membuat semburan boleh dikenalpasti
melalui ciri-ciri berikut:

  • menggunakan kenderan Jabatan (berlambang bulan sabit warna merah)
  • membuat semburan di awal pagi dan lewat petang
  • tidak mengutip sebarang bayaran
  • menyembur semua rumah di satu-satu kawasan yang dipilih
  • anggota  pasukan ini akan menunjukkan Kad Pengenalan Jabatan jika diminta.

PERINGATAN

a. Tuan/Puan berhak menolak semburan dari pihak yang tidak mematuhi ciri-ciri
     di atas.

b. Jabatan Kesihatan tidak pernah memberi kuasa atau mewakilkan kerja-kerja
     semburan sebegini kepada mana-mana pihak.

c. Tuan/Puan boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya menolak atau
     menghalang kerja-kerja semburan yang dilakukan oleh Pasukan Kawalan           
     Denggi Jabatan Kesihatan.