UNIT PENYAKIT BAWAAN VEKTOR PEJABAT KESIHATAN DAERAH PENDANG

 
KE
GEMUKAN (OBESITI) 

Kegemukan boleh ditakrifkan sebagai satu penyakit dimana lebihan lemak tubuh terkumpul di bawah kulit dan sekitar organ-organ tubuh sehingga ke suatu tahap yang mungkin boleh menjejaskan kesihatan.

Tubuh perlukan lemak dengan jumlah minima 3% daripada berat badan yang disebut sebagai lemak penting (terdapat pada membran sel,sum-sum tulang,otak,disekitar jantung,paru-paru, hati,limpa,ginjal dan usus.

Lemak dalam tubuh yang jumlahnya melebihi 3% daripada berat badan dipanggil timbunan
lemak yang boleh menjadi pelindung organ-organ bahagian dalam tubuh daripada kecederaan.

Kandungan lemak yang normal dalam tubuh lelaki dewasa muda ialah antara 15-20% daripada berat badan manakala untuk wanita dewasa muda ialah 20-25%.Kadar ini akan meningkat
sesuai dengan umur iaitu bagi lelaki dewasa tua meningkat hingga 27% dan wanita dewasa
tua hingga hampir 30% berat badan.

Terdapat beberapa cara/kaedah untuk menentukan standard berat badan yang ideal.
Antaranya ialah BMI (Body Mass Index).BMI yang unggul ialah antara 18 - 24.Seseorang
yang mempunyai BMI antara 25-30 disebut berlebihan berat badan (overweight) dan BMI melebihi 30 disebut kegemukan (obesiti)

Berapakah BMI anda ?

Lemak tubuh yang terkumpul disekitar tubuh bahagian atas seperti abdomen,dada,lengan,
leher dan muka lebih membahayakan kesihatan berbanding lemak yang terkumpul di sekitar tubuh bahagian bawah seperti pinggul,paha,punggung dan perut.

Berdasarkan kepada taburan tempat pengumpulan lemak,kegemukan dibahagi kepada 2 jenis iaitu:

Jenis Android (Jenis Buah Epal)
    Lemak tubuh yang terkumpul disekitar tubuh bahagian atas seperti abdomen,dada,lengan,
    leher dan muka lebih membahayakan kesihatan kerana terdiri dari lemak tepu yang
    mengandungi sel-sel lemak yang besar.
    Jenis ini berpotensi/berisiko lebih tinggi untuk mengidap penyakit yang berhubung dengan
    metabolisme lemak dan glukos.Penyakit tersebut ialah penyakit diabetes melitus,penyakit
    jantung koronari,strok,pendarahan otak,tekanan darah tinggi dan kemungkinan untuk
    diserang barah payu dara lebih 6X ganda berbanding yang mempunyai berat badan normal.
    Umumnya jenis ini terdapat pada lelaki dan wanita yang sudah mengalami putus haid.
    Usaha menurunkan berat badan kegemukan jenis ini lebih mudah berbanding kegemukan
    jenis Ginoid.

Jenis Ginoid (Jenis Buah Pear)
    Lemak tubuh yang terkumpul disekitar tubuh bahagian bawah seperti pinggul,paha,
    punggung dan perut.
    Umumnya banyak terjadi pada wanita.Terdiri daripada lemak tidak tepu,sel lemak kecil
    dan lembik.
    Risiko terkena penyakit lebih kecil berbanding jenis Android tetapi sukar untuk menurunkan
    berat badan.


Faktur Utama Penyebab Kegemukan.
Makan melebihi had keperluan tubuh
Penggunaan tenaga yang rendah
Gabungan kedua-duanya atau lain- lain faktur seperti baka/keturunan(genetik),kadar
       metabolisme tubuh,kadar hormon tiroid/insulin dalam tubuh dan pengaruh ubat-ubatan.

Kegemukan akan menyebabkan seseorang itu sering merasa sesak nafas,badan berasa berat, sering merasa kepanasan atau tidak selesa,sering sakit pada bahagian pinggang,pinggul,paha
dan lutut.Selanjutnya akan terdedah penyakit-penyakit seperti di atas yang boleh membawa maut.

Hal ini sewajarnya menjadi peringatan bahawa seseorang itu harus sedar dan perlu melakukan pengaturan makanan serta mengamalkan latihan fizikal yang cukup dan sesuai supaya sentiasa segar dan sihat.