UNIT PENYAKIT BAWAAN VEKTOR PEJABAT KESIHATAN DAERAH PENDANG

 
KAWALAN JAPANESE B. ENCEPHALITIS (JBE)
  • menjalankan kajian epidimiologi dan serolodi untuk menentukan endemisiti JBE

  • promosi pencegahan JBE

Japanese   Encephalitis

1.  Apakah penyakit Japanese Encephalitis?

Japanese Encephalitis adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus Japanese Encephalitis. Virus ini dijangkiti melalui gigitan nyamuk Culex.

2. Mengapakah penyakit ini dikenali sebagai Japanese Encephalitis?

Penyakit ini dipanggil Japanese Encephalitis kerana virus ini pertama kali diasingkan
di negara Jepun.

3. Apakah gejala-gejala (tanda) penyakit Japanese Encephalitis?

Gejala-gejala (tanda) penyakit Japanese Encephalitis adalah;

  • demam
  • sakit kepala
  • lemah anggota badan
  • meracau
  • mengantuk
  • sawan
  • lumpuh
  • tidak sedarkan diri

4. Bolehkah penyakit Japanese Encephalitis berjangkit dari seorang pesakit ke individu yang
    lain?

Penyakit ini tidak boleh berjangkit dari pesakit ke individu yang lain. Manusia merupakan
perumah terakhir (dead end host) bagi penyakit ini.

5. Seseorang terdapat luka yang baru di mana-mana bahagian badan. Jika luka yang baru ini terkena dengan darah babi yang dipanggil JE (yang baru disembelih) bolehkah orang ini dijangkiti JE?

Terdapat kemungkinan untuk mendapat jangkitan JE jika luka di badan kita dicemari darah babi yang mempunyai virus. Sekiranya seseorang sudah mendapat vaksinasi, dia akan dilindungi daripada jangkitan JE. Perlindungan diri perlu diambil untuk mencegah daripada jangkitan dengan memakai sarung tangan, gaun, topeng muka dan kasut but.

6. Berapa lamakah bagi seseorang yang digigit nyamuk Culex yang mempunyai virus JE akan menimbulkan simptom-simptom penyakit JE?

Masa yang diambil adalah sebanyak 5 hingga 15 hari.

7. Siapakah yang berisiko tinggi untuk dijangkiti penyakit Japanese Encephalitis?

Mereka yang berisiko tinggi untuk dijangkiti penyakit ini adalah;

  • pekerja dan mereka yang tinggal di ladang babi
  • mereka yang tinggal disekitar ladang babi dalam lingkungan 2 km. terutama kanak-kanak
    di bawah 15 tahun.

8. Selain daripada nyamuk Culex, adakah kemungkinan nyamuk-nyamuk jenis lain yang akan membawa virus JE ini?

Hanya nyamuk Culex tritaeniorhynchus, Culex gelidus dan Culex vishnui sahaja boleh membawa virus JE ini. Nyamuk yang terdapat di bandar-bandar ialah Culex quinquefasciatus tidak boleh membawa virus JE. Nyamuk Aedes tidak boleh membawa virus JE ini.

9. Adakah babi yang dijangkiti virus JE akan mati?

Babi yang dijangkiti virus JE tidak akan mati kerana ia akan mengeluarkan antibodi yang melawan virus JE dan membunuh virus ini. Tiada kematian babi dilaporkan oleh kerana JE.

10. Mengapakah terdapat orang yang disuntik vaksin masih boleh dijangkiti JE ini? Adakah ini bermaksud sungguhpun orang disuntik vaksin, masih tidak dilindungi sepenuhnya?

70-90% orang boleh mendapat perlindungan sebulan selepas suntikan dos kedua dan 90-95% orang boleh mendapat perlindungan dalam masa 2 minggu selepas suntikan dos ketiga. Sekiranya seseorang mendapat gigitan nyamuk sebelum tempoh tersebut diatas ia boleh mendapat jangkitan JE.

5-10% daripada orang ramai yang telah mendapat suntikan dos yang ketiga tidak akan
‘sero-convert’ dan seterusnya akan terdedah kepada jangkitan JE. Ini bermakna, adalah
penting untuk golongan ini yang tidak ‘sero-convert’ mengambil langkah-langkah mencegah jangkitan seperti yang disenaraikan dalam soalan 18.

11. Bagaimana penyakit Japanese Encephalitis merebak?

Penyakit Japanese Encephalitis disebarkan oleh gigitan nyamuk Culex. Virus Japanese Encephalitis membiak dalam tubuh babi. Apabila nyamuk betina Culex menghisap darah babi,
ia membawa bersam virus Japanese Encephalitis. Selepas 14 hari nyamuk tersebut berupaya untuk menyebarkan virus Japanese Encephalitis kepada babi yang baru ataun kepada manusia jika nyamuk tersebut menggigit manusia.

12. Adakah JE berlaku hanya di Malaysia atau di lain-lain negara?

Penyakit JE merupakan penyebab utama kepada penyakit viral encephalitis di Asia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan sebanyak 50,000 kes dan 10,000 kematian akibat
JE berlaku di dunia terutama sekali di rantau Asia.

13. Adakah individu boleh mendapat penyakit Japanese Encephalitis jika memakan daging
babi yang terjangkit?

Individu tidak akan mendapat penyakit ini walau pun telah memakan daging babi yang telah terjangkit.Ini kerana virus ini hanya membiak dalam sel hidup.Tambahan lagi memasak dan membakar daging babi boleh membunuh semua jenis bakteria atau virus.Enzim dan keasidan dalam perut kita boleh membantu membunuh apa saja jenis virus.Ini bermakna daging babi apabila dimakan tidak akan membawa penyakit JE.

VEKTOR

14. Dimanakah nyamuk Culex membiak?

Nyamuk Culex membiak di tempat takungan air semulajadi yang kotor seperti kolam, lopak
air, parit dan sawah padi.

15. Bilakah masanya nyamuk ini biasa menggigit manusia?

Nyamuk Culex sering menggigit manusia pada waktu senja hingga subuh (6.30 petang - 6.30 pagi). Oleh itu adalah penting untuk menjauhi daripada ladang babi dari 4.30 petang hingga
9.30 pagi. Jikalau sesiapa perlu berada di ladang babi pada waktu 4.30 petang hingga 9.30
pagi mereka perlu mengambil tindakan seperti di soalan 18. Culex lebih suka menggigit babi daripada manusia.

16. Bagaimanakah nyamuk Culex ini boleh dikenali?

Nyamuk Culex ini bersaiz kecil, berwarna kuning keperangan dan terdapat tompok putih
di torek badannya.

17. Berapa jauhkah nyamuk Culex boleh terbang?

Nyamuk Culex ini boleh terbang sejauh 2 km jejari (radius). Berdasarkan kebolehannya
terbang sejauh 2 km ini, menyebabkan mereka yang tinggal sejauh 2 km dari ladang babi
berisiko tinggi untuk mendapat penyakit Japanese Encephalitis.

18. Bagaimanakah cara mencegah penyakit Japanese Encephalitis?

Penyakit Japanese Encephalitis boleh dicegah dengan beberapa cara. 

Diantaranya adalah;

a. Elakkan daripada gigitan nyamuk;

  • tidur dalam kelambu
  • menggunakan ubat racun serangga (lingkaran nyamuk,`repellent',`aerosol' dll.
  • memasang jejaring nyamuk di tingkap
  • memakai baju lengan panjang dan seluar panjang semasa berada di kawasan kandang babi.
  • duduk di dalam rumah pada waktu malam.Jika perlu keluar dari rumah,pakailah baju
    lengan panjang dan seluar panjang.
  • menjauhi daripada ladang babi dari 4.30 petang hingga 9.00 pagi.

b. Hapuskan tempat pembiakan nyamuk:

  • menyediakan saluran perparitan yang sempurna

  • menimbus lopak-lopak air

  • menjaga kebersihan sekitar ladang ternakan babi

  • membuat semburan racun serangga di sekitar ladang babi

 c. Mendapatkan suntikan vaksin Japanese Encephalitis

  • mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit ini perlu mendapatkan suntikan vaksin.

19. Bilakah waktu yang sesuai untuk menjalankan aktiviti semburan kabus (fogging)?

Masa yang sesuai untuk menjalankan semburan kabus (fogging) adalah selepas waktu senja hingga subuh (6.30 petang hingga 6.30 pagi) iaitu semasa nyamuk Culex keluar untuk menggigit perumah iaitu selepas 7.00 malam.

VAKSIN

20. Adakah terdapat rawatan khusus untuk JE?

Tidak ada rawatan khusus untuk penyakit JE. Buat masa ini rawtan yang diberi ialah simtomatik dan sokongan untuk mengurangkan kematian atau komplikasi.

21. Siapakah yang perlu mendapatkan suntikan vaksin Japanese Encephalitis?

Mereka yang perlu mendapatkan suntikan vaksin Japanese Encephalitis adalah;

  • pekerja dan mereka yang tinggal di ladang babi termasuk mereka yang mengendalikan secara langsung urusan di ladang dan yang mempunyai kontek secara langsung dengan babi seperti penangkap babi (catcher) dan penyembelih babi (butcher).
  • mereka yang tinggal di sekitar ladang babi dalam lingkungan 2 km terutama kanak-kanak
    di bawah umur 15 tahun.

22. Berapa kalikah mereka yang berisiko tinggi perlu mendapatkan suntikan vaksin Japanese Encephalitis?

Mereka yang berisiko tinggi perlu mendapatkan suntikan vaksin Japanese Encephalitis sebanyak beberapa kali seperti jadual di bawah;

a. Mereka yang sangat berisiko tinggi - pekerja dan keluarga yang tinggal di ladang babi:

dos pertama - hari 0 (hari suntikan pertama diberi)
dos kedua - hari ke-7 selepas dos pertama
dos ketiga - hari ke-30 selepas dos pertama
dos keempat - setahun selepas dos pertama
dos tamabahan - setiap 3 tahun

b.mereka yang berisiko tinggi - mereka yang tinggal sekitar ladang babi dalam lingkungan 2 km dan berumur di bawah 15 tahun.

dos pertama - hari 0 (hari suntikan pertama diberi)
dos kedua - hari ke-7 selepas dos pertama
dos ketiga - setahun selepas dos pertama
dos tambahan - setiap 3 tahun

24. Dimanakah suntikan vaksin boleh didapati?

Buat masa ini, kakitangan kesihatan sedang memberi suntikan kepada penghuni-penghuni kampung yang berisiko tinggi di sekitar ladang babi. Mereka yang tinggal di ladang dan disekitar ladang babi akan diberitahu mengenai tarikh kedatangan pasukan kesihatan melalui pihak pengurusan ladang, ketua-ketua kampung atau jawatankuasa kampung.

25. Adakah mereka yang diberikan suntikan vaksin perlu membuat bayaran bagi mendapatkan suntikan vaksin Japanese Encephalitis?

Bagi mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat Japanese Encephalitis, kos suntikan vaksin akan ditanggung oleh Kementerian Kesihatan.

26. Adakah vaksin JE yang digunakan selamat dan berkesan?

Vaksin JE yang digunakan kini adalah selamat dan berkesan. Vaksin ini dibuat daripada virus yang telah dimatikan. Vaksin ini boleh disimpan pada tahap suhu biasa selama lapan minggu tanpa menggunakan peti sejuk.

27. Adakah suntikan ini bebas dari najis babi dan selamat untuk orang Islam?

Virus yang digunakan dalam menghasilkan vaksin Japanese Encephalitis ini adalah hasil dari kultur oatak tikus. Satu mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Sembilan telah diadakan pada 9.3.1999 dan telah mengeluarkan satu fatwa bahawa suntikan vaksin tersebut adalah suci dan halal digunakan oleh orang awam yang berugama Islam.

28. Apakah kesan sampingan suntikan vaksin Japanese Encephalitis?

Mengikut kajian suntikan JE sebanyak 10% daripada mereka ini yang diberikan suntikan vaksin boleh mendapat beberapa kesan sampingan dan ini berbeza dari satu individu ke individu yang lain. Diantaranya adalah;

  • sakit dan bengkak di sekitar tempat vaksin diberikan (lengan)

  • ruam

  • sakit kepala

  • demam

  • lemah anggota-anggota badan

  • pening

  • muntah

  • menggigil

29. Adakah terdapat kontraindikasi bagi suntikan vaksin Japanese Encephalitis?

Pemberian suntikan vaksin Japanese Encephalitis adalah kontraindikasi dalam keadaan berikut;

  • sedang mengalami demam yang sangat tinggi atau sedang mengidap jangkitan penyakit lain.

  • penyakit jantung, buah pinggang atau penyakit hati.

  • diabetis atau "malnutrition"

  • kanser, leukaemia, limfoma

  • hamil

yang tinggi untuk dijangkiti virus Japanese Encephalitis, suntikan vaksin boleh diberikan.

LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN

30. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Kesihatan untuk mencegah penyakit ini daripada merebak?

Kementerian Kesihatan telah mula mengambil langkah-langkah sejak bulan Oktober 1998 untuk mengawal wabak ini di Kinta, Perak.

a. Pendidikan Kesihatan

  • Aktiviti pendidikan kesihatan telah diadakan untuk memberitahu mereka yang berisiko tinggi mengenai gejala penyakit, perlindungan diri dan kepentingan kebersihan. Aktiviti-aktiviti yang telah diadakan adalah seperti ceramah, sessi dailog, massa media dan pengedaran risalah.

b. Suntikan Vaksin

  • Sejak bulan Disember, Kabinet telah meluluskan kepada Kementerian Kesihatan untuk mengambil langkah khas iaitu memberi suntikan vaksin Japanese Encephalitis kepada mereka yang berisiko tinggi iaitu pekerja dan mereka yang tinggal di ladang dan juga kanak-kanak yang berumur kurang dari 15 tahun yang tinggal di sekitar ladang babi (dalam lingkungan 2 km).
  • Sejumlah RM28 juta telah diluluskan untuk menjalankan program vaksinasi. Program vaksinasi telah mula dikendalikan pada bulan November 1998.

c.Kawalan Vektor

  • Semburan kabus dan kerja anti larva dijalankan di ladang-ladang babi dan juga dari rumah ke rumah.

d.Rawatan rapi kepada pesakit-pesakit JE.

e.Mengesan kes-kes secara aktif.