Make your own free website on Tripod.com

 

UNIT PENYAKIT BAWAAN VEKTOR PEJABAT KESIHATAN DAERAH PENDANG

 
Apakah Demam Kuning?

Demam Kuning adalah penyakit jangkitan akut yang merupakan masalah kesihatan awam di negara endemik di Afrika dan Amerika Selatan.

Bagaimana seorang itu boleh dijangkiti oleh Demam Kuning?

Seseorang boleh dijangkiti Demam Kuning bila ia digigit oleh nyamuk yang dijangkiti oleh virus penyebab Demam Kuning.Virus penyebab Demam Kuning adalah kumpulan "family Flaviviradae".

Apakah pembawa atau vektor kepada virus penyebab Demam Kuning ?

Pembawa atau vektor kepada virus penyebab Demam Kuning adalah nyamuk Aedes aegyti (pembawa
kepada virus Denggi penyebab kepada Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah).

Bolehkah kita mendapat jangkitan ini bila kita digigit oleh nyamuk Aedes aegyti di negara ini ?

Setakat ini tiada laporan yang menunjukan bahawa nyamuk Aedes aegyti di Malaysia telah dijangkiti
oleh virus Demam Kuning. Hingga setakat ini bolehlah dikatakan bahawa seseorang itu tidak boleh
dijangkiti dengan Demam Kuning bila digigit oleh Aedes aegyti di Malaysia.

Apakah gejala atau tanda penyakit Demam Kuning?

Tanda-tanda atau gejala penyakit Demam Kuning adalah

 

- demam yang tiba-tiba - seram sejuk (chills)

- sakit kepala - mual dan muntah

- lemah badan (prostration)

- sakit belakang dan sakit badan

Masa inkubasi penyakit Demam Kuning adalah 6 10 hari. Pesakit boleh mengalami kekuningan (jaundis) akibat kegagalan hepar dan mereka juga mengalami kegagalan buah pinggang. Kematian boleh berlaku dalam masa 7 10 hari. Dalam setengah keadaan tertentu kadar kematian akibat Demam Kuning boleh berlaku sehingga 50%.

Bagaimana cara untuk mengelakan diri dari Demam Kuning?

Kita dapat mengelakan diri dari Demam Kuning dengan mengambil suntikan vaksinasi Demam Kuning sebelum pergi ke negara yang endemik dengan Demam Kuning. Perlu diperingatkan bahawa suntikan vaksinasi Demam Kuning hanya berkesan 10 hari selepas mendapat suntikan. Suntikan vaksinasi Demam Kuning dapat melindungi seseorang dari Demam Kuning selama 10 tahun.

Adakah seseorang yang hendak melawat ke negara yang endemik dengan Demam Kuning dikehendaki mengambil vaksinasi Demam Kuning?

Adalah lebih baik seseorang yang melawat ke negara yang endemik dengan Demam Kuning mengambil vaksinasi Demam Kuning 10 hari sebelum ke negara tersebut. Ini dapat melindungi mereka dari jangkitan Demam Kuning. Kegagalan mendapat suntikan mendedahkan diri mereka kepada jangkitan Demam Kuning dan mereka boleh ditahan (dikuarantin) di pintu masuk negara ini sekiranya tempoh dari mereka berlepas sehingga sampai ke negara ini kurang atau sama dengan 6 hari. Sekiranya tempoh dari berlepas dari negara yang endemik dengan Demam Kuning melebihi 6 hari mereka akan dibenarkan masuk ke negara ini.

Apakah negara-negara yang endemik dengan Demam Kuning ?

Negara-negara yang endemik dengan Demam Kuning adalah;

A) Benua Afrika

i) Angola

ii) Benin

ii) Burkina Faso

iv) Burundi

v) Cameroon

vi) Chad

vii)Central African

 viii) Congo Republic

ix) Ivory Coast

x) Ethiopia

xi) Gabon

xii) Gambia

xiii) Ghana

xiv) Guinea

xv) Guinea

 xvi) Guinea Bissau

xvii) Guinea Equat

xviii) Kenya

xixi) Liberia

xx) Mali

 xxi) Nigeria

xxii) Rwanda

xxiii) Senegal

xiv) Sao Tome

xv) United Republic Principe of Tanzania

xvi) Sierra Leone

xvii) Sudan

xviii) Somalia

xix) Togo

xxx) Uganda

xxxi) Zaire

 


B) Benua Amerika Selatan
 

 

i) Bolivia

ii) Brazil

iii) Colombia

iv) Equador

v) French Guiana

vi) Guyana

vii) Panama

viii) Peru

ix) Suriname

x) Venezuela