UNIT PENYAKIT BAWAAN VEKTOR PEJABAT KESIHATAN DAERAH PENDANG

 
KAWALAN DEMAM DENGGI / DENGGI BERDARAH
 
Objektif Khusus
  1. Mengurangkan morbiditi dan mortaliti yang disebabkan oleh Demam Denggi (DD)
dan Demam Denggi Berdarah (DDB)
  2. Mengawal dan mencegah penyakit DD bagi memastikan kadar insiden DD tidak
melebihi 16 kes/100,000 penduduk.
  3. Matlamat kadar insiden bagi penyakit DDB ialah kurang dari 2 kes/1000,000
penduduk.
4. Matlamat kadar fataliti ialah DD<4/1000 kes (0.4%) dan DDB<10/1000 kes (1%)
Strategi Khusus
1. Pengawasan epidemiologi melalui notifikasi kes dengan segera menerusi telefon
2. Diagnosa makmal secara ujian serologi yang segera dan tepat
  3. Meningkatkan pengurusan klinikal dengan pengesanan kes dan adanya sokongan
pengurusan kes di hospital
4. Kawalan penyakit melalui siasatan dan tindakan susulan kes
  5. Aktiviti kawalan vektor dijalankan melalui pengurangan tempat pembiakan,aktiviti
mengesan dan memusnahkan dan operasi memusnahkan aedes seperti semburan
insektisid dan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit,
1975
6. Aktiviti pengawasan entomologi melalui kajian larva dan nyamuk aedes dewasa
  7. Meningkatkan kerjasama antara agensi bagi meningkatkan kualiti kawalan vektor
di kawasan khas seperti kawasan Pihak Berkuasa Tempatan,sekolah,pejabat,
tapak binaan dan kemudahan kesihatan
  8. Meningkatkan aktiviti pendidikan kesihatan dan penyertaan masyarakat dalam
aktiviti berkaitan demam denggi/denggi berdarah.

 

BILANGAN
PREMIS
DIPERIKSA
UNTUK
AKTIVITI
KAJIAN
LARVA
AEDES

BILANGAN
KOMPAUN
DIKELUARKAN
UNTUK 
AKTIVITI
KAJIAN
LARVA 
AEDES

AMAUN
PUNGUTAN
DENDA
KOMPAUN
(RM)