Make your own free website on Tripod.com

SEKIRANYA ANDA DALAM DILEMMA DENGAN STATUS KESIHATAN ANDA,SEGERALAH DATANG KE KLINIK KESIHATAN YANG BERDEKATAN UNTUK PEMERIKSAAN DAN RAWATAN LANJUTAN.TINDAKAN TEPAT INI  MUNGKIN DAPAT MENYELAMATKAN NYAWA ANDA DAN ORANG-ORANG LAIN DI SEKELILING ANDA.  KESIHATAN ANDA MATLAMAT KAMI

Virus berubah punca kes denggi naik
(Berita Harian, Rabu 12 Mac  2003)

Perubahan jenis virus denggi dikenal pasti antara faktor menyebabkan peningkatan kes demam denggi dari 1998 hingga 2002.Menurut Menteri Kesihatan, mulai 2001, virus DEN3 dikesan menjadi lebih ketara, menyebabkan ramai penduduk yang tidak mempunyai antibodi DEN3 dijangkiti demam denggi.  Peningkatan kes demam denggi juga berpunca daripada hujan dan panas sepanjang tahun, menyebabkan ia sesuai untuk pembiakan nyamuk.


Penemuan baru bantu cegah malaria

(Utusan Malaysia, Rabu 5 Mac  2003)

 

Melbourne (Australia) Sejenis bahan semulajadi yang dikeluarkan oleh tubuh badan dan juga terdapat dalam makanan biasa mungkin merupakan bahan utama membantu mencegah malaria.  Para penyelidik Australia percaya Arginine, yang terdapat dalam kekacang dan nasi, bahan penting untuk menghasilkan nitrik oksida sejenis parasit yang boleh membunuh parasit.  Kemungkinan arginine dapat digunakan dimasa depan sebagai pelengkap kepada ubat-ubatan antimalaria untuk mencegah dan merawat komplikasi  akibat malaria.


Denda biak nyamuk Aedes naik

(Berita Harian, Isnin 3 Mac  2003)
 

Hutan Melintang (Malaysia) Kompaun RM100 kerana kesalahan membiak nyamuk akan dinaikkan untuk meningkatkan kesedaran rakyat negara ini terhadap kepentingan membasmi nyamuk Aedes.  Kementerian Kesihatan sedang menimbangkan menaikkan kompaun itu ke satu kadar, sehingga ia mampu menyedarkan orang awam mengenai pentingnya nyamuk Aedes untuk dibasmi secara bersungguh-sungguh.


Belum ada vaksin bagi virus denggi ditemui

(Berita Harian, Selasa 21  Januari 2003)
 

Kuala Lumpur (Malaysia) Sehingga kini belum ada sebarang vaksin intuk mencegah virus denggi termasuk DEN-3, yang menyebabkan pertambahan kejadian kes demam denggi di seluruh negara.  Sumber Kementerian Kesihatan memberitahu,pada masa ini, usaha menghasilkan vaksin bagi virus denggi DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4 masih pada peringkat penyelidikan dan belum ada sebarang vaksin yang diluluskan.  Cara lain untuk mencegah daripada dijangkiti penyakit denggi itu ialah dengan menjaga kebersihan dan menghentikan pembiakan nyamuk Aedes.